welcome! do follow my blog okey!+Follow me or go Home ?
Imperfect Me

Saya Sayang Mak saya!
May 5, 2012 | 11:38 PM | 0 BEES


Asalammualaikum. Hai! Selamat petang semua. Syukur alhamdulillah, kerana Allah masih bagi kita peluang untuk hidup dan beribadah kepadaNya :')

Hari ni, nak cerita pasal apa aku buat dekat mak aku selama aku hidup ni. Korang semua tahu kan, bagaimana mak kita semua jaga kita? Bak kata pepatah. Bagai menatang minyak yang penuh. Ya, kita semua tahu tu. Tapi, kita tahu tak kita ni ada buat dosa dekat mak kita? Mungkin, kita tak sedar, tapi mak kita sedar tau. Dia yang rasa. Aku tahu, aku pun tak lah baik sangat. Selalu mendengus bila di suruh buat kerja. Kata ''hish'' setiap kali di panggil oleh mak.

Tapi, mak aku selalu sabar dengan aku. Tahu tak, mak kita diam begitu tapi dalam hati dia menangis? Aku memang sedar semua perkara tu. Tapi, ya Allah. Jahatnya aku, sampai membiarkan mak sedih begitu. Tak minta maaf dekat mak. Tapi, mak? ya Allah. Tahan hatinya melayan kerenah aku yang jahat macam ni.

Pernah mak sekali, merungut. Menyerah kalah dengan anak-anaknya. Give up kerana tak mampu jaga kami lagi. Sebab apa? Sebab sifat anak-anaknya tak reti nak tolong mak, tak reti nak jaga hati mak. Tapi, sampai sekarang. Mak masih nak jaga kami. Berdoa agar anak-anaknya jadi anak yang soleh dan solehah. Ya Allah!! Besarnya nikmat mu kepada ku!!

 Dia sabar layan aku. Memanja kan aku. Mak, kenapa mak sanggup layan anak mu yang jahat ni? Mak tak berhenti membebel untuk kebaikan aku. Mak selalu pesan dekat aku agar jadi anak yang baik. Tapi, aku ni? Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

Pasti aku akan menyesal, jika terlambat. Pasti aku akan rindu dengan pembebelan mak 24 jam sehari tanpa henti itu. Pasti aku akan menangis kerana rindu dengan belaian manja mak. Pasti, aku akan jadi anak durhaka yang sanggup buat mak kecil hati dengan sifat bongkak riak aku ni.Ya Allah, beri lah kekuatan mak agar tabah menjalani cabaran yang Engkau beri padanya. Beri lah aku iman untuk menjadi anak idaman mak selama ini. Agar mak baik dan tidak sakit hati lagi.

Mak, saya janji. Saya akan jadi anak yang mak idam kan selama ni. Mak nak saya jadi anak solehah kan? InsyAllah mak, kalau saya dapat melaksanakan perintah Allah. Saya akan jadi anak solehah dan jaga mak dengan baik sekali. Itu janji saya mak..

Now, aku sedar. Begitu besar pengorbanan seorang ibu kepada anaknya. ya Allah, jangan hilang kan nikmat yang Engkau beri kepada aku. Beri lah aku peluang untuk menebusi kembali kesilapan ku sebelum terlambat. Aminnn



Past | Future